28 Oktober 2008

KANSER PANGKAL RAHIM (KANSER SERVIKS)


Dianggarkan seramai hampir 1,600 kes kanser pangkal rahim dilapurkan pada tahun 2003 di Semenanjung Malaysia (Lapuran NCR 2003). Angka sebenar kes kanser pangkal rahim adalah dijangka jauh lebih tinggi dari angka yang tersebut di atas memandangkan banyak kes-kes yang tidak dilapurkan. Di samping itu angka yang tersebut di atas tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Insiden kanser pangkal rahim adalah 19.7 per 100,000 populasi dengan bangsa Cina mempunyai insiden yang tertinggi yakni 33.6 per 100,000 populasi, diikuti oleh bangsa India dan bangsa Melayu. Kebarangkalian seseorang wanita untuk mengidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya adalah dari 1 di dalam 28 orang sehingga 1 di dalam 80 orang. Contohnya,kalangan wanita berbangsa Cina, seorang dari 28 orang wanitanya akan menghidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya (lifetime risk).

FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENGHIDAP KANSER PANGKAL RAHIM

Seperti yang dinyatakan di dalam bab yang lepas, punca terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin. Di samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya kanser pangkal rahim yakni sistem imunisasi (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.

Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:Hubungan sek pada usia muda
Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
Merokok
Wanita dari golongan susah ataupun miskin
Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidapkanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim

TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj/vagina yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta. Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:
Perdarahan selepas hubungan sek (“postcoital bleeding“)
Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
Hilang selera makan
Turun berat badan yang mendadak

AKIBAT KANSER PANGKAL RAHIM

Apakah akibatnya jika kanser pangkal rahim tidak dirawat ataupun rawatan yang diberikan lewat?
Kesan akibat kanser pangkal rahim terbahagi kepada 3 kesan utama:

1. Kesan Fizikal
2. Kesan Psikologi dan Sosial
3. Beban kepada ahli keluarga

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :

a. Pembedahan
b. Rawatan Radioterapi
c. Rawatan Kemoterapi

KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM) BOLEH DICEGAH

Kanser serviks (pangkal rahim) adalah salah satu jenis kanser yang boleh dicegah. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kurang pengetahuan di kalangan wanita terutama wanita-wanita di negara kurang maju dan yang sedang membangun, kadar kejadian kanser serviks masih lagi tinggi. Di negara-negara maju , kadar kejadian dan kematian akibat kanser serviks adalah lebih rendah disebabkan oleh kesedaran dan langkah pencegahan yang diamalkan oleh wanita-wanita di sana. Kunci kepada pencegahan kanser serviks adalah Pap Smear. Secara keseluruhannya kadar kesedaran wanita di Malaysia adalah meningkat tetapi belum mencapai tahap yang memuaskan.

APAKAH PAP SMEAR

Pap Smear adalah ujian yang dijalankan melalui kaedah mengambil sampel atau calitan dari serviks. Pap smear adalah ujian yang sangat mudah dan tidak menyakitkan. Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik yang mempunyai peralatan ujian pap smear. Ianya tidak memerlukan bius dan pengambilan pap smear cuma memakan masa 2-3 minit sahaja.

BAGAIMANA PAP SMEAR BOLEH MENCEGAH KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM).

Sebelum terjadinya kanser serviks, sel-sel di kulit serviks akan melalui beberapa siri perubahan di mana sel-sel tersebut menjadi tidak normal dari segi saiz, rupa bentuk dan juga susunan sel. Sel-sel yang tidak normal ini bermula dari dalam lapisan kulit serviks. Punca perubahan sel-sel di bahagian kulit serviks ini adalah akibat jangkitan sejenis virus yang dinamakan “Human Papilloma Virus” ataupun singkatan kepada HPV. Pra-kanser serviks adalah merujuk kepada peringkat di mana sel-sel yang tidak normal ini masih berada di dalam lapisan kulit serviks dan belum lagi merebak keluar . Peringkat para-kanser bukanlah kanser dan rawatannya juga berbeza dengan rawatan kanser. Peringkat pra-kanser ini jika tidak dikesan dan dirawat boleh bertukar menjadi kanser. Tujuan utama ujian pap smear adalah untuk menyaring dan mengesan peringkat pra-kanser ini. Hasil dari pengesanan ini, rawatan yang sesuai akan dapat dilakukan. Apabila peringkat pra-kanser ini dirawat, maka wanita tersebut tentu sekali akan terhindar dari mendapat penyakit kanser pangkal rahim. Inilah caranya bagaimana pap smear dapat mengurangkan kadar kejadian kanser serviks.

APAKAH PRA-KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS)

Pra-kanser serviks ataupun dalam istilah perubatan “ Pre-cancerous state“ adalah keadaan di mana terjadinya sel-sel yang tidak normal di dalam lapisan kulit serviks. Di antara ciri-ciri kelainan yang terdapat pada sel-sel tersebut adalah saiz nukleas yang lebih besar, warna nukleas yang lebih hitam pekat dan terdapatnya proses pembiakan yang diluar kawalan. Sel-sel yang tidak normal ini walau bagaimanapun tidak terdapat di bahagian luar kulit serviks. Peringkat pra-kanser ini kalau tidak dirawat, sebahagiannya boleh bertukar menjadi sel-sel kanser. Pra-kanser bukanlah kanser tetapi adalah petanda-petanda awal untuk menjadi kanser di kemudian hari.
Terdapat tiga peringkat pra-kanser di pangkal rahim iaitu:
a. CIN 1
b. CIN 2
c. CIN 3
Di dalam istilah perubatan pra-kanser ini dinamakan CIN singkatan kepada “Cervical Intraepithelial Neoplasm”. CIN 1 adalah peringkat pra-kanser yang paling awal. Peringkat ini selalunya akan pulih dengan sendiri tanpa rawatan, dikatakan 60% daripada wanita-wanita yang mengidap CIN 1 akan pulih sepenuhnya dan cuma sebahagian kecil sahaja yang akan berkembang menjadi CIN 2 dan CIN 3. Manakala CIN 3 pula adalah pra-kanser yang paling serius. Setiap CIN boleh berubah-ubah samada kembali normal , bertukar kepada peringkat CIN yang lain ataupun ianya boleh kekal untuk jangkamasa tertentu. Perubahan dari satu peringkat ke peringkat yang lain memakan masa dari beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis CIN , faktor genetik, jenis virus HPV dan juga sistem pertahanan badan wanita.
Kajian telah menunjukkan bahawa lebih kurang 12% dari CIN 3 akan menjadi kanser pangkal rahim jika sekiranya tidak dirawat. Tempoh masa pertukaran daripada CIN 3 menjadi kanser pangkal rahim ini adalah di dalam lingkungan 5 hingga 15 tahun, jarak masa ini adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain

2 ulasan:

shahril berkata...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

tadewijackyl berkata...

Mr Green's new casino: Get $100 bonus + 100 spins
Mr Green's new casino: Get $100 bonus + 100 spins For a 안성 출장안마 new player, you can 충청남도 출장샵 find Mr Green's new casino. 대구광역 출장안마 A 김포 출장안마 small, fun casino 이천 출장마사지 with